Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman

Siti Saniah Abu Bakar, (2017) Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 245-261. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/967

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di dalam kelas dilakukan dengan merakam menggunakan kamera video. Data rakaman ditranskripsikan, diberikan tema dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hasil kajian menunjukkan guru berbangsa Jerman (PG) menggunakan keenam-enam maksim sebagai komunikasi interpersonal manakala guru penutur jati bahasa sasaran (PI) menggunakan 3 daripada 6 maksim. Walau bagaimanapun, 3 maksim tersebut digunakan secara minima sahaja oleh PG iaitu dengan maksim budiman mempunyai peratus tertinggi, diikuti oleh maksim kerendahan hati dan maksim simpati. Ini menunjukkan ketiga-tiga maksim ini bukan menjadi strategi guru untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara keenam-enam maksim, maksim santun merupakan pilihan utama mereka iaitu PG mengamalkan maksim santun sebanyak 70 peratus, manakala PI sebanyak 81.5 peratus berbanding dengan maksim yang lain. Berdasarkan empat kategori maksim santun, didapati PG hanya menggunakan kategori kos-manfaat, keopsyenalan dan jarak sosial sahaja, berbanding dengan PI yang menggunakan keempat-empat kategori termasuk kategori ketakterusan. Dapatan ini menunjukkan bahawa budaya sesuatu masyarakat yang menjadi amalan dan cara hidup seseorang akan dimanifestasikan dalam komunikasi termasuk dalam wacana kelas bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi interpersonal; Komunikasi guru; Bahasa Melayu; Wacana kelas bahasa; Prinsip Kesopanan Leech
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11637
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 May 2018 07:15
Last Modified:06 May 2018 13:58

Repository Staff Only: item control page