Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar

Rohaidah Mashudi, and Hawa Rahmat, and Siti Rasyidah Sanudin, and Sarinah Suliman, and Ahmad Mahmood Musanif, (2017) Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (3). pp. 70-85. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/999

Abstract

Peristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan siapa, bila, bagaimana, dan apa yang dapat menjelaskan segala keraguan dalam sesuatu pola komunikasi. Ini secara tidak langsung menyentuh kepada penelitian terhadap komponen dalam peraturan interaksi. Justeru, persoalan tentang etiket bahasa perlu diberi penekanan, kerana etiket bahasa memberi perhatian kepada cara-cara bahasa diungkapkan, berteraskan peraturan sosial dan budaya komuniti penuturnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan peraturan interaksi melalui pola komunikasi yang diujarkan oleh pemeran dalam peristiwa komunikatif. Tumpuan kajian adalah terhadap wawancara dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia dengan memberi penelitian terhadap peraturan interaksi yang terdapat dalam peristiwa komunikatif wawancara akhbar. Analisis data dilakukan dengan mengikut pendekatan etnografi komunikasi, dengan memberi tumpuan hanya kepada satu komponen, iaitu komponen norma interaksi. Berdasarkan kajian peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar ini didapati peraturan interaksi melalui penggunaan bahasa lisan dalam suasana formal dapat menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dalam suatu hubungan sosial yang diseimbangkan dengan pemahaman terhadap latar budaya pemeran. Ini menjelaskan bahawa etiket bahasa amat dititiberatkan dalam mencapai matlamat suatu perbincangan yang interaktif. Kebijaksanaan pemeran dalam mematuhi peraturan interaksi yang menjadi nilai tradisi suatu komuniti dapat dimanfaatkan untuk memastikan komunikasi berkesan dicapai. Bahkan dalam suatu perbincangan interaktif kematangan setiap pemeran memberi hujah dapat dinilai daripada kemampuan pemeran memahami budaya yang melatari komuniti tertentu.

Item Type:Article
Keywords:Peristiwa komunikatif; Pola komunikasi; Peraturan interaksi; Etiket bahasa; Hubungan sosial
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11642
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 May 2018 03:21
Last Modified:06 May 2018 14:06

Repository Staff Only: item control page