Kaedah penterjemahan kata abstrak ‘yuqi zhuci tipikal’ ke dalam Bahasa Melayu

Chin, Jennica Ai Ai and Goh, Sang Seong (2017) Kaedah penterjemahan kata abstrak ‘yuqi zhuci tipikal’ ke dalam Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (3). pp. 120-136. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/999

Abstract

Yuqi zhuci ialah kata abstrak yang mendukung fungsi tatabahasa dan lazimnya digunakan pada penghujung ayat. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang mempengaruhi makna teks. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan kaedah penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menangani penterjemahan yuqi zhuci dalam terjemahan bahasa Cina - bahasa Melayu. Untuk tujuan analisis, kajian ini memanfaatkan definisi yuqi zhuci oleh Zhang Bin, pengkategorian yuqi zhuci oleh Shao Jingmin, fungsi dan pengkategorian yuqi zhuci tipikal dalam ayat bahasa Cina oleh Zhang Bin (2010) serta kaedah penterjemahan yuqi zhuci yang digagaskan oleh Liu Xu (2005). Analisis kajian ini bersifat deskriptif dan berdasarkan konteks ayat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penyambungan, penggabungan dan penukaran struktur ayat dapat digunakan untuk menyalin fungsi yuqi zhuci tipikal daripada teks sumber dalam bahasa Cina kepada teks sasaran dalam bahasa Melayu. Kaedah penterjemahan serangkai, iaitu gabungan mana-mana daripada tiga kaedah yang digagaskan oleh Liu Xu juga boleh digunakan. Faktor penentuan kaedah penterjemahan yuqi zhuci ialah fungsi yuqi zhuci tipikal dalam teks sumber, konteks cerita, niat penutur dan ketepatan nada penutur. Selain itu, dapatan kajian turut mencadangkan supaya penjenisan ayat yang mengandungi yuqi zhuchi oleh Zhang Bin (2010) boleh ditambahkan satu jenis ayat lagi, iaitu ayat elipsis. Fungsi tatabahasa yuqi zhuci ternyata mendukung peranan yang penting dalam penyampaian makna dan mesej dalam teks, lantas item linguistik ini perlu ditangani dengan baik dalam penterjemahan.

Item Type:Article
Keywords:Yuqi zhuci tipikal; Kata abstrak; Cerpen Mahua; Terjemahan Cina – Melayu; Kaedah penterjemahan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11645
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 May 2018 03:47
Last Modified:06 May 2018 14:11

Repository Staff Only: item control page