Kesan lilin ke atas sifat hidrofobik permukaan daun pisang

Hasrawati Abu Hassan, and Mariyam Jameelah Ghazali, and Nurfatihah Mohamed Zainuddin, and Che Husna Azhari, (2017) Kesan lilin ke atas sifat hidrofobik permukaan daun pisang. Jurnal Kejuruteraan, 29 (1). pp. 1-7. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/in-press-volume-292017/

Abstract

Pengekstrakan lilin dilakukan ke atas dua jenis daun pisang iaitu Musa parasidiaca L. (pisang berangan) dan Musa acuminata Colla (pisang lemak manis) dengan merendamkan daun pisang ke dalam larutan kloroform bertujuan untuk mengenal pasti sifat-sifat hidrofobik dan pembersihan kendiri. Larutan hasil dikeringkan dan diikuti dengan proses penghabluran. Mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM) digunakan untuk melihat profil morfologi kedua-dua jenis sampel lilin dan elemen kimia yang diperoleh adalah karbon dan silikon melalui serakan x-ray (EDX). Takat lebur lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 80.2oC dan 82.9oC manakala sudut sentuhan air pada permukaan lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 137.3o dan 132.8o. Sudut sentuhan bagi kedua-dua sampel lilin melebihi 90o menunjukkan daun pisang adalah bersifat hidrofobik yang mana Musa parasidiaca L. menunjukkan nilai sudut sentuhan yang lebih tinggi dan sesuai untuk aplikasi biomimetik. Pencirian yang terdapat pada lilin daun pisang boleh diaplikasikan di dalam industri salutan permukaan dan tekstil.

Item Type:Article
Keywords:Lilin; Musa acuminata Colla; Musa parasidiaca L.; Sudut sentuhan; Hidrofobik
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:11649
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2018 06:29
Last Modified:21 May 2018 08:35

Repository Staff Only: item control page