Kebolehpercayaan & kesahan soal selidik kelewatan dalam projek pembinaan menggunakan model pengukuran Rasch

Muhamad Azry Khoiry, and Noraini Hamzah, and Wan Hamidon Wan Badaruzzaman, and Norngainy Mohd Tawil, (2017) Kebolehpercayaan & kesahan soal selidik kelewatan dalam projek pembinaan menggunakan model pengukuran Rasch. Jurnal Kejuruteraan, 29 (1). pp. 13-21. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
518kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/in-press-volume-292017/

Abstract

Industri pembinaan ialah salah satu industri yang berperanan dalam memacu ekonomi serta menjana pekerjaan dan kekayaan negara. Walau bagaimanapun, kelewatan dalam projek pembinaan merupakan satu fenomena global yang berlaku hampir di setiap negara sekaligus membantut kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Terdapat pelbagai kajian kelewatan dalam projek pembinaan yang melibatkan pembinaan soal selidik telah dijalankan oleh penyelidik di seluruh dunia. Kebolehpercayaan dan kesahan sesebuah dapatan soal selidik perlu disemak terlebih dahulu bagi memastikan keberkesanan soal selidik yang dijalankan. Ia adalah bagi mendapatkan analisis tepat dan data yang diperoleh dapat digunakan. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik kelewatan dalam projek pembinaan menggunakan model pengukuran Rasch. Bagi tujuan penganalisisan data, penyelidikan ini menggunakan perisian Winstep yang berasaskan pengukuran Rasch. Selain kebolehpercayaan berdasarkan Cronbach alpha Model Pengukuran Rasch dapat memberi nilai kebolehpercayaan responden dan item soal selidik. Kesahan data dinilai dari pelbagai aspek kesesuaian item dan responden, prinsipal komponen analisis dan skala rating. Sebanyak 54 daripada 64 item kelewatan telah dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan dalam projek pembinaan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kesahan; Kebolehpercayaan, Kelewatan dalam pembinaan; Model pengukuran Rasch; Skala rating
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:11651
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2018 06:42
Last Modified:17 May 2018 06:42

Repository Staff Only: item control page