Litar penuai tenaga hibrid mikro untuk aplikasi bioperubatan

Jahariah Sampe, and Nor Afidatul Asni Semsudin, and Farah Fatin Zulkifli, and Burhanuddin Yeop Majlis, (2017) Litar penuai tenaga hibrid mikro untuk aplikasi bioperubatan. Jurnal Kejuruteraan, 29 (1). pp. 41-48. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/in-press-volume-292017/

Abstract

Penggunaan penuai tenaga sebagai bekalan kuasa mendapat perhatian tinggi terutamanya untuk peranti berskala mikro. Ianya memanfaatkan sumber tenaga ambien untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kajian yang mendalam telah dilakukan bagi memperolehi penuai tenaga dengan kecekapan dan kepekaan yang tinggi. Tiga sumber tenaga digunakan sebagai masukan iaitu tenaga haba, getaran dan Frekuensi Radio (RF). Masukan tenaga haba adalah dalam bentuk voltan DC manakala masukan getaran dan RF adalah dalam bentuk voltan AC. Kesemua masukan ini masing-masing ditetapkan pada nilai 0.02 V, 0.5 V dan -20 dBm. Frekuensi operasi yang digunakan bagi masukan getaran adalah 10 Hz manakala bagi masukan RF adalah 915 MHz. Litar penerus gelombang penuh digunakan bagi menukarkan isyarat getaran AC kepada DC. Sementara itu, litar pendarab voltan dibina dengan mengaplikasikan teknik modulasi substrat bagi menggandakan voltan masukan. Kesemua litar penuai tenaga tunggal ini digabungkan menggunakan litar penambah voltan untuk membentuk satu sistem penuai tenaga hibrid yang lengkap. Litar-litar penuai tenaga ini dibina dan disimulasi menggunakan perisian PSPICE dengan menyambungkan perintang beban 1 MΩ. Litar lengkap penuai tenaga dengan masukan hibrid berjaya mencapai voltan keluaran lebih kurang 2.12 V dan sesuai digunakan sebagai alternatif bekalan kuasa kepada aplikasi peranti bioperubatan. Peranti tersebut adalah Peranti Pemantau Kesihatan yang memerlukan bekalam masukan minimum 1.7 V.

Item Type:Article
Keywords:Penuai tenaga hibrid; Kecekapan; Kepekaan; Peranti berskala mikro
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:11654
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2018 07:03
Last Modified:17 May 2018 07:03

Repository Staff Only: item control page