Ciri morfologi diagnosis debunga Bruguiera, Ceriops, Kandelia dan Rhizophora (Rhizophoraceae) di Semenanjung Malaysia

Noraini T., and Amirul-Aiman A.J., and Mohd-Arrabe A.B., and Nurul-Aini C.A.C., (2017) Ciri morfologi diagnosis debunga Bruguiera, Ceriops, Kandelia dan Rhizophora (Rhizophoraceae) di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (12). pp. 2291-2303. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num12_...

Abstract

Famili Rhizophoraceae ialah famili tumbuhan utama di hutan paya bakau dengan 16 genus dan 120 spesies dan di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh genus dan 17 spesies. Kajian palinologi masih kurang dijalankan di hutan paya bakau untuk melihat kepentingan ciri morfologi debunga dan adaptasinya terhadap persekitaran. Objektif kajian ini ialah untuk menyenaraikan ciri umum, variasi dan ciri diagnosis morfologi debunga antara spesies dan genus dalam famili Rhizophoraceae di Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian melibatkan teknik asetolisis, pencerapan di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron. Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua kelas debunga iaitu tri-zono-kolpat dan tri-zono-kolporat. Kesemua spesies kajian mempunyai debunga bersaiz kecil (10-25 μm) dan mempunyai debunga bentuk sferoid kecuali Rhizophora x lamarckii dengan bentuk subprolat. Dua corak hiasan eksin ditemui pada genus Bruguiera iaitu skabrat-perforat (B. cylindrica, B. parviflora. B. hainesii dan B. sexangula) dan psilat-skabrat (B. gymnorhiza). Genus Ceriops dan Rhizophora stylosa mempunyai hiasan eksin perforat manakala R. apiculata dan R. mucronata mempunyai corak eksin perforat-retikulat. Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus telah dibina berdasarkan keputusan kajian. Secara kesimpulan, ciri morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi terutamanya untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus bagi famili Rhizophoraceae.

Item Type:Article
Keywords:Debunga; Hutan paya bakau; Palinologi; Rhizophoraceae; Semenanjung Malaysia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11697
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2018 01:37
Last Modified:30 May 2018 00:34

Repository Staff Only: item control page