Sedimentologi batuan enapan daratan Kumpulan Gagau (usia Kapur Awal) di hulu Sungai Chichir, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Khor, Wei Chung and Mohd Shafeea Leman, and Muhammad Ashahadi Dzulkafli, and Kamal Roslan Mohamed, and Che Aziz Ali, and Jasmi Ab Talib, (2017) Sedimentologi batuan enapan daratan Kumpulan Gagau (usia Kapur Awal) di hulu Sungai Chichir, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (12). pp. 2315-2323. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num12_...

Abstract

Jujukan batuan sedimen Kapur Awal Kumpulan Gagau di kawasan sekitar hulu Sungai Chichir dibentuk oleh batu pasir berpebel masif, batu lumpur masif dan lapisan tebal batu pasir dengan pelbagai struktur sedimen serta fosil. Jujukan ini boleh dibahagikan kepada tujuh fasies dengan mekanisme pengenapan berbeza. Berdasarkan asosiasi antara pelbagai fasies sedimen dapat ditafsirkan bahawa jujukan ini telah terenap dalam pelbagai sekitaran dataran aluvium termasuk alur sungai utama, sungai berliku, sungai berburai dan dataran banjir. Fosil yang ditemui memberikan usia Kapur Awal kepada jujukan ini. Bukti kehadiran tanah atas di kawasan ini mencerahkan harapan untuk penemuan pelbagai fosil hidupan daratan, khususnya fauna vertebrat serta dinosaur yang lebih baik dan lengkap.

Item Type:Article
Keywords:Fasies sedimen; Jujukan sedimen; Kapur Awal; Kumpulan Gagau; Sekitaran pengenapan; Sungai Chichir
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11699
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2018 01:57
Last Modified:30 May 2018 00:56

Repository Staff Only: item control page