Pemodelan geobencana tanah runtuh rayap menggunakan model analog mekanik

Nor Shahidah Mohd Nazer, (2017) Pemodelan geobencana tanah runtuh rayap menggunakan model analog mekanik. Sains Malaysiana, 46 (12). pp. 2325-2329. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num12_...

Abstract

Tanah runtuh jenis rayapan merupakan salah satu fenomena geobencana yang sering terjadi dalam skala yang besar dan amat berkait rapat dengan perubahan tekanan air liang. Ia bercirikan canggaan jangka masa panjang maka dengan itu pengetahuan mendalam terhadap tindak balas rayapan di dalam keadaan tepu dan tidak tepu air adalah penting untuk meramal pergerakan masa hadapan. Kertas ini bertujuan mengkaji tindak balas rayapan di dalam sampel lempung bebola menggunakan kotak ricih terus yang terubah suai. Simulasi rayapan dibuat menggunakan model analog mekanik hasil gabungan spring dan peredam. Parameter γo (pergerakan rayapan awal) yang diperoleh daripada ujian kotak ricih terubah suai digunakan sebagai input parameter bersama-sama dengan parameter lain yang diperoleh berdasarkan kaedah kuasa dua terkecil. Simulasi oleh model analog mekanik terhadap tindak balas rayapan yang direkod di makmal berjaya merakam tindak balas rayapan awal dan akhir. Keputusan kajian mendapati bahawa tindak balas rayapan adalah lebih signifikan di dalam keadaan tepu air berbanding keadaan tidak tepu air.

Item Type:Article
Keywords:Geobencana; Lempung; Model analog mekanik; Rayapan; Tanah runtuh
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11700
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2018 02:01
Last Modified:30 May 2018 00:32

Repository Staff Only: item control page