Taburan fosil dan penilaian semula usia formasi singa di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia

Mohamad Hanif Kamal Roslan, and Che Aziz Ali, and Kamal Roslan Mohamed, and Mohd Shafeea Leman, (2017) Taburan fosil dan penilaian semula usia formasi singa di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (12). pp. 2359-2365. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num12_...

Abstract

Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi terdiri daripada jujukan batuan sedimen argilit dan boleh dibahagikan kepada empat ahli iaitu Rebak, Kentut, Ular dan Selang. Formasi Singa kaya dengan fosil terutamanya daripada jenis brakiopod, bryozoa dan bivalvia yang boleh ditemui dalam Ahli Rebak dan Ahli Selang. Fosil yang ditemui semasa kajian dijalankan serta fosil yang pernah dilaporkan oleh penyelidik terdahulu telah dibuat penelitian semula untuk menentukan usia Formasi Singa dengan lebih tepat. Himpunan fosil Formasi Singa boleh dibahagikan kepada tiga julat usia, iaitu Visean, Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan Sakmarian Akhir. Jujukan berusia Visean diwakili oleh Ahli Rebak, manakala jujukan Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan jujukan Sakmarian Akhir diwakili oleh Ahli Selang. Dalam Ahli Ular dan Ahli Kentut tidak ditemui sebarang fosil. Keputusan daripada kertas ini memerlukan satu kajian semula dijalankan terhadap litostratigrafi Formasi Singa.

Item Type:Article
Keywords:Formasi Singa; Fosil Paleozoik; Geologi Langkawi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11704
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2018 03:10
Last Modified:30 May 2018 00:44

Repository Staff Only: item control page