Meme sebagai seloka persendaan dan parodi: impak dimensi sosiobudaya

Faizul Nizar Anuar, and Fauziah Ahmad, and Sabariah Mohamed Salleh, (2018) Meme sebagai seloka persendaan dan parodi: impak dimensi sosiobudaya. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (1). pp. 75-96. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
810kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075

Abstract

Perkongsian maklumat menerusi laman Internet bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Keadaan ini dirancakkan lagi dengan kehadiran pelbagai jenis media teknologi dan komunikasi terkini bagi memudahkan golongan masyarakat untuk berkomunikasi serta mendapatkan sesuatu maklumat. Kepelbagaian kaedah dan cara penyampaian maklumat telah memberikan banyak pilihan kepada netizen untuk memilih jenis serta kandungan maklumat yang diperlukan. Sejak akhir-akhir ini, fenomena penghasilan dan perkongsian maklumat berbentuk ‘Meme’ menjadi semakin popular dan trend bagi kebanyakan pengguna di Internet, antaranya menerusi laman sosial, blog dan sebagainya. Kandungan meme dilihat mampu memberikan maklumat mengenai sesuatu isu hangat ataupun kontroversi di dalam mahupun luar negara. Namun begitu, cara penyampaian yang bersahaja di samping menyelitkan unsur seloka menjadikan kandungan maklumat ini berbeza dengan kandungan maklumat yang lain. Ada di antaranya sengaja dihasilkan dengan tujuan untuk mempersendakan seseorang menerusi peniruan terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku, contohnya dalam bentuk gambar, mahupun video parodi. Keadaan ini sememangnya mampu meninggalkan kesan terhadap individu yang menerima meme tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti impak penghasilan meme terhadap sosiobudaya di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (Critikal Discourse Analysis) yang telah diperkenalkan oleh Fairclough (1985). Hasil kajian mendapati bahawa selain menerapkan unsur seloka, meme juga dilihat sebagai suatu medium yang berkesan untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati seseorang terhadap sesuatu isu ataupun sesuatu perkara.

Item Type:Article
Keywords:Meme; Media; Facebook; Wacana awam; Analisis wacana kritis
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:11730
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2018 05:50
Last Modified:09 Jun 2018 22:27

Repository Staff Only: item control page