Rizky Hafiz Chaniago, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Badrul Redzuan Abu Hassan, (2018) Pembentukan identiti wanita berhijab melalui fesyen sub-budaya muzik metal di Indonesia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (1). pp. 97-114. ISSN 0128-1496
|
PDF
610kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075
Abstract
Secara umum, sub-budaya muzik metal sering dikaitkan dengan budaya maskulin, termasuk di Indonesia. Keadaan ini menjadikan wanita Indonesia bergabung dalam sub-budaya muzik metal sukar untuk menjauhkan diri daripada struktur tersebut yang membuat mereka tidak berdaya dengan diskriminasi oleh golongan lelaki. Seiring dengan perkembangannya, kumpulan wanita Indonesia secara perlahan diterima dalam dunia sub-budaya metal bawah tanah, walaupun ia sering meraih kebaikan dan keburukan orang ramai bahkan apabila sekumpulan wanita pragmatik muncul dalam pelbagai komuniti muzik metal Indonesia. Di zaman ini, penglibatan wanita dalam sub-budaya muzik metal melahirkan satu fenomena baharu. Wanita Indonesia mengamalkan gaya sub-budaya muzik metal dengan menggunakan fesyen metal sebagai perwakilan identiti budaya. Dalam kajian ini, penyelidikan didasarkan kepada enam wanita dalam komuniti muzik metal di Jakarta dan Bandung Jawa Barat. Kajian ini menggunakan metod etnografi serta kaedah temu bual dalam mengumpul data utama. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai amalan fesyen muzik metal dan hubungannya dengan identiti wanita berhijab dalam komuniti muzik metal. Melalui pemerhatian penggunaan fesyen metal pada gaya hidup mahupun sikap dan tingkah laku golongan wanita dalam sub-budaya muzik metal, melahirkan pemahaman yang lebih luas tentang fenomena "hijab metal". Fesyen boleh dianggap sebagai salah satu makna yang digunakan oleh golongan wanita berhijab dalam sub-budaya muzik metal (hijabers metal) dalam menyampaikan identiti mereka untuk membelokkan mentaliti rakyat Indonesia terhadap sub-budaya metal yang sentiasa mengaitkan golongan muda-mudi sebegini dengan perkara yang menyimpang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sub-budaya; Muzik metal; Hijab; Fesyen; Identiti |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 11731 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Jun 2018 06:01 |
Last Modified: | 09 Jun 2018 22:31 |
Repository Staff Only: item control page