Normah Mustaffa, and Faridah Ibrahim, (2018) Pembingkaian visual berita krisis Lahad Datu. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (1). pp. 170-184. ISSN 0128-1496
|
PDF
633kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075
Abstract
Visual memainkan peranan penting dalam memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu kejadian kepada khalayak. Visual boleh dianggap sebagai alat komunikasi yang berkuasa untuk mencetuskan tindakbalas emosi yang tinggi dan boleh diingati berbanding perkataan semata-mata. Penggunaan visual dalam pelaporan sesuatu berita krisis berupaya membantu khalayak untuk lebih memahami sesuatu peristiwa yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pembingkaian visual dalam liputan berita krisis Lahad Datu yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis visual yang dipaparkan dalam kedua-dua akhbar dalam tempoh masa 20 hari iaitu bermula 1 hingga 20 Mac 2013. Kajian ini menggunakan model pembingkaian visual yang dipelopori oleh Rodriguez dan Dimitrova (2011) yang mencadangkan model empat tahap bingkai visual iaitu pertama, visual sebagai sistem denotatif; kedua, visual sebagai sistem semiotik-stilistik; ketiga, visual sebagai sistem konotatif; dan visual sebagai perwakilan ideologi. Sistem ini boleh diaplikasikan untuk menganalisis sebarang jenis kandungan visual media atau persepsi khalayak terhadap kandungan tersebut. Hasil kajian mendapati kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menggunakan sistem denotatif dalam melaporkan visual tentang berita krisis Lahad Datu ini. Dua bingkai utama yang ditonjolkan adalah bingkai politik dan kemanusiaan manakala bingkai pemimpin mendominasi liputan visual dalam konteks berita krisis ini. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua akhbar turut menggunakan sumber visual dari agensi antarabangsa seperti Associated Press (AP), AFP dan Reuters.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembingkaian visual; Krisis; Mesej; Lahad Datu; Denotative |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 11735 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Jun 2018 06:48 |
Last Modified: | 09 Jun 2018 22:38 |
Repository Staff Only: item control page