Julaina Nopiah, and Norhashimah Jalaludin, and Junaini Kasdan, (2018) Refleksi gastronomi dalam komunikasi: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (1). pp. 185-201. ISSN 0128-1496
|
PDF
818kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075
Abstract
Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej melalui komunikasi. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi mempunyai pengaruh secara tidak langsung dalam komunikasi, khususnya komunikasi secara tersirat. Hal ini jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan panas. Contohnya, pisang mewakili makanan berunsur sejuk, dan daging yang mewakili makanan berunsur panas. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data (www.malaycivilization.com) UKM dan ‘Kamus Istimewa Peribahasa Melayu’. Kajian ini menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri yang dibawa oleh makanan yang berunsur sejuk-panas dengan emosi penuturnya. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur sejuk menunjukkan ciri-ciri ‘sejuk’ melalui emosi gembira, bahagia dan senang hati. Manakala makanan berunsur panas pula didapati memaparkan ciri-ciri ‘panas’ yang ditunjukkan melalui sifat negatif, seperti ‘zalim’, ‘berpura-pura’ dan ‘kesakitan’ yang menjadi makna implisitnya. Secara tidak langsung, konsep dan ciri-ciri yang terdapat dalam makanan telah diserap dan diadaptasi dalam bentuk komunikasi implisit. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya, khususnya berkaitan gastronomi Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gastronomi; Komunikasi implisit; Peribahasa; Semantik inkuisitif; Akal budi |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 11736 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Jun 2018 07:24 |
Last Modified: | 09 Jun 2018 22:25 |
Repository Staff Only: item control page