Badariah Ab Rahman, and Noratiqah Azura Salad, and Jabil Mapjabil, (2016) Ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (14). pp. 10-18. ISSN 2180-2491
|
PDF
157kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/882
Abstract
Artikel ini meneliti tentang ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama kajian dengan melibatkan temu bual semi-berstuktur, penyelidikan perpustakaan dan kajian kes. Seramai lima orang responden telah dipilih untuk mengenal pasti ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya ciri stereotaip feminin dalam kalangan penjawat awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah dan pengaruhnya terhadap pengurusan iaitu kerja dan kehidupan. Oleh itu, beberapa cadangan yang bersesuaian seperti memberi latihan dan pembangunan untuk mengatasi kelemahan, meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dan kehidupan, memberi bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pengurusan dan kehidupan bagi mengubah sterotaip gender oleh masyarakat di Sabah, khususnya dan di Malaysia amnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Feminin; Kaedah kualitatif; Pengurusan; Penjawat awam; Sterotaip; Wanita |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 11748 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jun 2018 01:53 |
Last Modified: | 09 Jun 2018 22:56 |
Repository Staff Only: item control page