Impak pembangunan terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi penduduk setempat: Satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur

Ng, Kah Choon and Yap, Sui Chai (2016) Impak pembangunan terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi penduduk setempat: Satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (14). pp. 19-30. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
843kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/882

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan pandangan penduduk tempatan tentang impak projek terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi tempatan sepanjang proses pembinaan dijalankan. Satu projek pembinaan pangsapuri di Brickfileds telah diambil sebagai fokus kajian ini. Kaedah pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik telah digunakan untuk memperolehi data primer. Seramai 40 responden dipilih dengan kaedah persampelan mudah di kalangan penduduk tempatan untuk soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai pengetahuan asas tentang projek walaupun mereka tidak dimaklumkan oleh pihak pemaju. Mereka berpandangan bahawa pelaksanaan projek ini tidak mendatangkan kebaikan malah membawa kesulitan kepada mereka sepanjang proses pembinaan dijalankan. Selain itu, bagi majoriti penduduk, projek ini juga tidak mendatangkan impak positif terhadap alam sekitar. Sebaliknya, mereka pernah mengalami pencemaran udara, pembuangan sisa pembinaan dalam longkang dan pencemaran bunyi yang berlaku di sekitar tapak pembinaan pada tahap yang boleh diterima. Projek tersebut juga dikatakan memberi kesan terhadap sumber air minuman dan kemerosotan keupayaan pendengaran mereka. Dari segi impak terhadap sosio-ekonomi, kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa projek membawa impak positif kepada pertambahan peluang pekerjaan dan peningkatan kualiti kemudahan tetapi bersetuju bahawa kesesakan lalu lintas sering terjadi. Hasil kajian ini menunjukkan komunikasi antara pihak pemaju dan penduduk tempatan amat diperlukan supaya pendapat masyarakat tempatan dapat difahami sebelum pelaksanaan projek pembinaan.

Item Type:Article
Keywords:Alam sekitar; Pangsapuri; Pembangunan; Penduduk setempat; Projek pembinaan; Sosio-ekonomi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11749
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2018 01:56
Last Modified:09 Jun 2018 22:59

Repository Staff Only: item control page