Pembandaran dan kemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur

Wan Maznah Wan Harun, and Rosniza Aznie Che Rose, and Azahan Awang, (2016) Pembandaran dan kemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (14). pp. 41-49. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
208kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/882

Abstract

Pembandaran merupakan sebahagian daripada perubahan persekitaran global yang melibatkan aktiviti ekonomi, sosial dan politik penduduk. Perkembangan bandar tergambar melalui peningkatan bilangan penduduk, perubahan persekitaran fizikal, budaya serta guna tanah. Tekanan ekonomi di pusat bandar raya metropolitan mengalih tumpuan industri, perniagaan dan petempatan ke kawasan pinggiran. Selari dengan itu, pelbagai kesan positif dapat dinikmati oleh isi rumah pinggir bandar raya metropolitan (PBrM) seperti peningkatan peluang pekerjaan, kemudahan awam dan aksessibiliti yang semakin baik. Namun demikian, kepesatan pembandaran yang berlaku turut membawa bersama kemudahterancaman (vulnerability) manusia kepada isi rumah setempat khasnya kemudahterancaman ekonomi seperti peningkatan sewa rumah dan harga tanah. Kertas ini bertujuan mengesan pembandaran dan menganalisis kemudahterancaman ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah PBrM. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan Model Pengukuran Rasch. Nilai kebolehpercayaan item bagi konstruk pembandaran dan kemudahterancaman ialah 0.86 dan 0.95. Kedua-dua nilai kebolehpercayaan ini jauh melepasi nilai minimum yang diperlukan oleh Rasch untuk membuktikan kecukupan item bagi tujuan pengukuran. Kajian ini mendapati isi rumah sangat berpuas hati dengan pembandaran yang berlaku (MNSQ = 0.91 [SE = .17]) dan kewujudan kemudahterancaman ekonomi (MNSQ = 1.00 [SE = .18]). Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara pembandaran (M = 0.66, SD = 0.18) dengan kemudahterancaman (M = 0.72, SD = 0.18) di mana nilai r = .24, p = .028.

Item Type:Article
Keywords:Isi rumah; Kawasan pinggiran; Kemudahterancaman; Pembandaran; Persekitaran; Pinggir bandar raya Metropolitan (PBrM)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11751
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2018 02:07
Last Modified:09 Jun 2018 22:52

Repository Staff Only: item control page