Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia

Azmi Aziz, (2016) Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (14). pp. 64-69. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
138kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/882

Abstract

Hasrat untuk menyebarluaskan teori modenisasi sebagai formula pembangunan yang ajaib ke seluruh dunia telah dilaksanakan dengan jayanya oleh barat. Pada permukaannya barat berpandangan bahawa nikmat kehidupan yang mereka nikmati hasil daripada kemajuan dan pembangunan yang mereka capai perlu dikongsi bersama dengan manusia lain di dunia ini. Agar dengan itu semua orang boleh mengecapi nikmat kehidupan moden yang mereka rasai. Lalu mereka menggunakan kaedah kolonialisme dan imperialisme dalam usaha memastikan hasrat tersebut terlaksana sepenuhnya. Pada dasarnya mereka mempunyai strategi agar pasaran sentiasa wujud untuk barang dagangan hasil revolusi industri, sekaligus menjamin ekonomi mereka mansang selamanya. Pakej kolonialisme dan imperialisme turut memuat sekali pandang dunia yang, menurut mereka, sesuai untuk membangun dan maju cara mereka. Pandang dunia tersebut sama sekali berbeza dengan pandang dunia lokal yang mereka jajahi. Sekularisme merupakan pandang dunia yang datang bersekali dalam kerangka teori modenisasi. Sejak itu, dari segi falsafah sosial, bermulalah konflik pengisian ruang sosio-politik lokal antara agama dan sekularisme. Situasi sebegini turut terjadi di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Agama; Empirisisme; Falsafah; Moden; Saintisme; Sekularisme
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2018 02:47
Last Modified:09 Jun 2018 22:58

Repository Staff Only: item control page