Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

Zamri Mahamod, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Mohd Mahzan Awang, and Chew, Fong Peng (2017) Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1). pp. 1-13. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
332kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Untuk itu, seramai 1000 orang pelajar, iaitu 200 orang bagi setiap sebuah Universiti Awam dijadikan responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM tersebut. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya masih mengekalkan jati diri dalam kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan, hanya aspek bahasa sahaja yang berada pada tahap masih kekal jati diri, manakala enam jati diri lain yang dikaji (agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme) berada pada tahap kekal (kukuh) jati diri mereka. Pelajar UM merupakan pelajar yang paling kurang pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu mereka berbanding pelajar Universiti Awam yang lain . Pelajar USM merupakan pelajar yang paling kekal jati diri mereka dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bagi kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah bakal guru pelatih di Fakulti Pendidikan, Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru perlu diukur tahap jati diri mereka sebelum diterima masuk dalam progran pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Pemahaman; Penghayatan; Pengamalan; Jati diri; Pelajar pendidikan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:11758
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2018 04:02
Last Modified:27 Jun 2018 08:22

Repository Staff Only: item control page