Nooriah Yusof, and Zakiah Jamaluddin, (2017) Pembangunan kebolehpasaran siswazah: tindakan universiti dan cabaran yang dihadapi. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1). pp. 15-32. ISSN 0128-2735
|
PDF
471kB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia adalah apabila peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan tinggi yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan dari penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan sahaja dari segi peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti graduan yang dilahirkan. Pasaran buruh siswazah telah mengalami banyak perubahan dari segi permintaan terhadap tenaga kerja dan keperluan ekoran daripada perubahan teknologi yang semakin hebat dan peningkatan globalisasi. Hal ini telah menyebabkan peranan universiti pada masa kini bukan sekadar menjadi gedung ilmu dalam membangunkan modal manusia berpengetahuan tetapi juga perlu menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai satu agenda penting melalui penawaran program pengajian yang ingin ditawarkan kepada pelajar. Makalah ini akan membincangkan peranan yang dimainkan oleh universiti dengan merujuk kepada kajian kes di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta kekangan yang telah dihadapi oleh pelajar dalam mengambil peluang mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Justeru, kajian ini merupakan satu kajian penerokaan yang menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian dengan menggunakan borang soal selidik dan kajian temu bual sebagai instrumen kajian. Walaupun menyedari intervensi melalui tindakan proaktif pada peringkat pengajian di universiti sebenarnya adalah penting dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran gradúan namun hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada pelajar dalam mengikuti program yang disediakan semasa pengajian di universiti khususnya faktor kekangan masa dan informasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kebolehpasaran siswazah; Pasaran buruh siswazah; Peranan universiti; Kualiti graduan; Pembangunan kemahiran |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 11759 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Jun 2018 04:13 |
Last Modified: | 27 Jun 2018 08:23 |
Repository Staff Only: item control page