Pembentukan kemahiran insaniah pelajar melalui badan beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia

Norazila Mat, and Muhammad Syaqif Noordin, and Nur Atiqah Abdullah, and Nazri Muslim, and Jamsari Alias, (2017) Pembentukan kemahiran insaniah pelajar melalui badan beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1). pp. 33-46. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Golongan mahasiswa yang menuntut di universiti merupakan aset penting kepada pembangunan dan hala tuju sesebuah negara. Justeru itu, mahasiswa yang dilahirkan oleh universiti perlu memiliki personaliti yang hebat dan berketrampilan. Salah satu usaha yang dapat membantu pembangunan ketrampilan pelajar adalah penglibatan mereka di dalam badan beruniform. Kertas ini ditulis untuk mengkaji keberkesanan badan beruniform dalam membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar yang menyertai badan beruniform terhadap kemahiran insaniah yang terbentuk sepanjang mereka berada dalam badan beruniform tersebut. Seterusnya, kajian ini dilakukan bagi menilai elemen-elemen kemahiran insaniah yang berjaya disemai dalam penglibatan badan beruniform. Seramai 120 orang pelajar yang menyertai badan beruniform dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang bersifat kuantitatif, mendapati terdapat lima elemen kemahiran insaniah yang dapat dibentuk sepanjang menyertai badan beruniform. Antara elemen kemahiran insaniah tersebut adalah kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran kepimpinan dan etika dan moral profesional. Kajian ini seterusnya membuktikan bahawa penyertaan pelajar dalam badan beruniform dapat membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan diri mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran insaniah; Mahasiswa; Badan beruniform; UKM
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:11760
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2018 04:24
Last Modified:27 Jun 2018 08:24

Repository Staff Only: item control page