Faktor pendorong yang mempengaruhi keputusan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di kalangan staf kerajaan dan swasta

Mohd Ridzuan Naemat, and Mohd Nor Khairil, and Mohd Radzuan Harun, and Azhar Ahmad, and Lokhman Hakim Osman, (2017) Faktor pendorong yang mempengaruhi keputusan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di kalangan staf kerajaan dan swasta. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1). pp. 59-65. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Pasaran kerja kini lebih bersifat dinamik akibat perubahan pesat dalam penggunaan teknologi dan kepelbagaian pengetahuan yang semakin disyaratkan. Pelbagai isu mula timbul apabila wujudnya persaingan dalam pemilihan kerjaya dan kriteria yang disyaratkan oleh majikan. Oleh itu, pendidikan dilihat sebagai aspek terpenting dalam menentukan hala tuju kerjaya dan sebagai penyelesaian bagi senario kehidupan masa kini. Oleh itu, kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dilakukan kepada 150 kakitangan di tiga (3) organisasi di Kuala Lumpur untuk mengenalpasti faktor yang mendorong mereka terhadap keputusan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Dapatan kajian menunjukkan faktor kendiri untuk melanjutkan pelajaran atas inisiatif sendiri merupakan faktor paling tinggi dalam mendorong keputusan kakitangan tersebut. Hasil kajian ini disarankan agar pihak majikan memberikan peluang serta insentif yang boleh menggalakkan pekerjanya untuk melanjutkan pelajaran bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan profesion masing-masing.

Item Type:Article
Keywords:Faktor pendorong; Kerjaya dan pengajian tinggi
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:11762
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2018 07:02
Last Modified:27 Jun 2018 08:25

Repository Staff Only: item control page