Penyebaran dialek Melayu di Langkawi: analisis geolinguistik

Nor Hashimah Jalaluddin, and Maizatul Hafizah Abdul Halim, and Harishon Radzi, and Junaini Kasdan, (2017) Penyebaran dialek Melayu di Langkawi: analisis geolinguistik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 159-178. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
839kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043

Abstract

Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal „daun kari‟ dan „daun kesum‟ dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth. Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; GIS; Varian leksikal; Geolinguistik; Ruang
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11775
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2018 03:59
Last Modified:28 Jun 2018 07:39

Repository Staff Only: item control page