Lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu

Muhammad Zuhair Zainal, (2017) Lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 191-208. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
259kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043

Abstract

Lakuan ilokusi merupakan perlakuan niat pengucapan yang terdapat dalam sesuatu ujaran. Dalam ujaran yang dituturkan oleh guru ketika proses pengajaran terdapat lakuan ilokusi yang tertentu yang dibina dengan matlamat dan fungsi yang tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu, mengenal pasti jenis lakuan gramatis yang terdapat padanya dan menjelaskan fungsi lakuan ilokusi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik berpandukan pengkategorian lakuan ilokusi dan fungsi ilokusi yang dikemukakan oleh Leech (1983) dalam Prinsip Kesopanan. Kaedah tidak menonjol (unobtrusive research) dijalankan dengan menjadikan ujaran yang dituturkan oleh tiga orang guru semasa pengajaran Bahasa Melayu sebagai data kajian. Sebanyak dua puluh satu ujaran terpilih yang dituturkan mengandungi lakuan ilokusi, iaitu berbentuk penegasan, arahan, komisif dan ekspresif. Pada lakuan ilokusi tersebut terdapat pelbagai lakuan gramatis, seperti mendakwa, menyatakan, meminta, menasihati, merayu, mendesak, memerintahkan, mengesyorkan, memberi motivasi, menyuruh, memohon, berjanji, mempelawa dan memujuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lakuan-lakuan ilokusi tersebut untuk bersaing, beramah tamah dan berkolaboratif. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat ujaran yang dituturkan mempunyai dua bentuk lakuan ilokusi yang berbeza dan fungsi lakuan ilokusinya juga turut berbeza. Kajian ini penting dijadikan panduan kepada para guru supaya ujaran yang dituturkan oleh mereka dalam sesi pengajaran mengandungi lakuan ilokusi yang bersesuaian dengan kemampuan kognisi para pelajar supaya fungsi lakuan ilokusi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh mereka.

Item Type:Article
Keywords:Pragmatik; Lakuan ilokusi; Lakuan gramatis; Pengajaran Bahasa Melayu; Fungsi ilokusi
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11777
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2018 04:14
Last Modified:28 Jun 2018 07:46

Repository Staff Only: item control page