Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah

Syar Meeze Mohd Rashid, and Mohd Hanafi Mohd Yasin, and Noraidah Sahari @ Ashaari, (2017) Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 209-224. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
269kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043

Abstract

Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya pendengaran dan memberi peluang kepada GKUP untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), menurut Lim (2006) merupakan bahasa utama untuk orang kurang upaya pendengaran di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan BIM dalam terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Kajian ini melibatkan 10 orang golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) yang berkemahiran dalam mengaplikasikan BIM dalam terjemahan surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah dijadikan sebagai satu surah pilihan dalam kajian ini kerana surah ini merupakan ummul kitab atau ibu dalam Al-Quran. Kajian ini dijalankan secara temu bual separa struktur dengan 10 orang kurang upaya pendengaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua persepsi GKUP terhadap kepentingan BIM dalam terjemahan Surah Al-Fatihah iaitu BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya pendengaran terhadap terjemahan maksud Surah Al-Fatihah. Selain itu, BIM dapat memberi penghayatan kepada GKUP terhadap terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Oleh itu, kepentingan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BIM amat membantu GKUP perlu mempelajari Al-Quran kerana ia memberi impak yang besar dalam pemahaman dan penghayatan terhadap isi kandungan Al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Isyarat Malaysia (BIM); Surah Al-Fatihah; Golongan kurang upaya pendengaran; Persepsi; Kefahaman dan penghayatan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11778
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2018 04:23
Last Modified:28 Jun 2018 07:48

Repository Staff Only: item control page