Strategi dan teknik terjemahan novel Arab dalam kalangan pelajar universiti

Harun Baharudin, (2017) Strategi dan teknik terjemahan novel Arab dalam kalangan pelajar universiti. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 225-243. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043

Abstract

Strategi Pembelajaran Terjemahan (SPT) ini agak tersisih daripada arus pendekatan komunikatif dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui ia adalah strategi dominan yang diperlukan terutama kepada pelajar bahasa ketiga yang masih di peringkat keupayaan yang sederhana. Kajian ini bertujuanmengenal pasti tahap penggunaan strategi terjemahan dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan mengikut klasifikasi secara spesifik, danmengkategori jenis teknik terjemahan novel Arab dalam kalangan pelajar. Data kajian dikumpul daripada dua sumber iaitu dengan menggunakan soal selidik dan tugasan terjemahan novel adaptasi Arab yang berjudul „ " زيىس مىت تازهاغه (Pengembaraan Tom Sawyer). Kajian ini melibatkan 129 pelajar jurusan Bahasa Arab di peringkat sarjana muda di dua buah universiti awam. Manakala kajian terjemahan novel Arab pula melibatkan 40 orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan Strategi Pembelajaran Terjemahan secara keseluruhan dalam kalangan pelajar universiti awam berada pada tahap penggunaan yang sederhana. Kajian juga menunjukkan terdapat dua kategori strategi pembelajaran terjemahan berada pada tahap sederhana, iaitu strategi terjemahan menulis dan strategi terjemahan campuran. Manakala tiga kategori lain berada pada tahap penggunaan yang rendah, iaitu strategi terjemahan membaca, strategi terjemahan bertutur dan strategi terjemahan mendengar. Teknik terjemahan novel Arab pula mendapati 130 jenis teknik terjemahan yang diklasifikasikan kepada enam jenis kumpulan di mana kajian mendapati jenisteknik terjemahan calque adalah mendominasi. Kajian ini melihat bahawa SPT perlu dimanfaatkan dalam ketika berdepan dengan pelajar dari pelbagai arasagar bersesuaian dengan keupayaan bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Strategi Pembelajaran Terjemahan (SPT); Teknik terjemahan; Terjemahan novel; Pembelajaran Bahasa Arab; Bahasa ketiga
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11779
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2018 04:58
Last Modified:28 Jun 2018 07:49

Repository Staff Only: item control page