Konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu: kajian kes filem Senjakala

Azlina Asaari, and Jamaluddin Aziz, (2017) Konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu: kajian kes filem Senjakala. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 274-292. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043

Abstract

Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Justeru, artikel ini akan meneliti konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu, Senjakala (2011) arahan Ahmad Idham. Dengan menggunakan teori feminis psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk merungkai konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Analisis mendapati filem ini cuba membawa lari tanggapan tradisional ideologi patriarki bahawa semua perkara di dalam dunia ini adalah stabil dan boleh diuruskan. Maka dengan adanya konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan ini, ia memberi ruang kepada wanita untuk berkuasa dan mengganggu-gugat ideologi dominan ini. Konflik semiotik dan simbolik ini membuktikan bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan.

Item Type:Article
Keywords:Semiotik; Simbolik; Hubungan ibu dan anak perempuan; Psikoanalisis; Abjection
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:11782
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2018 06:40
Last Modified:28 Jun 2018 07:51

Repository Staff Only: item control page