Nor Fariza Mohd Nor, and Harith Faruqi Sidek, and Raja Noor Azri Raja Noor Afandi, and Mohd Hanafiah Omar, and Hazelina Ghazaly, and Mohd Yazid Abzal Khan, and Zulhaidi Amil, (2017) Kajian jati diri kakitangan dalam organisasi Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 17 (4). pp. 293-309. ISSN 1675-8021
|
PDF
272kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043
Abstract
Isu jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana hasil kajian ini akan dapat mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk perasaan jati diri terhadap UKM. Teori yang mendasari kajian ini ialah teori Identiti Sosial (Turner & Tajfel, 1979). Kajian ini mensasarkan penyertaan warga kerja di peringkat pengurusan tertinggi dan profesional, ahli-ahli akademik dan kakitangan pelaksana. Instrumen kajian ialah sesi tembual. Soalan termubual dibangunkan berdasarkan tiga konstruk jati diri, iaitu setia, sayang dan bangga. Analisis data menunjukkan terdapat pemahaman jati diri yang berbeza dalam kalangan kakitangan UKM di mana ianya bergantung kepada jawatan kumpulan sasar tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di mana segilintir responden bersedia untuk meninggalkan UKM sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik dari organisi luar, secara umum kakitangan UKM mempunyai semangat setia, sayang dan bangga yang agak tinggi dan positif terhadap UKM. Kajian lanjut pada masa hadapan boleh dilakukan bagi merungkai permasalahan yang timbul dalam kalangan warga UKM agar usaha memperkukuh jati diri UKM dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan komprehensif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | UKM; Jati diri; Setia; Teori identiti sosial; Bangga |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 11783 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jun 2018 07:20 |
Last Modified: | 28 Jun 2018 07:44 |
Repository Staff Only: item control page