Chew, Fong Peng and Zul Hazmi Hamad, (2018) Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 1-12. ISSN 2180-4842
|
PDF
361kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dengan mendalam isu-isu yang berkaitan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penyoalan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada responden murid. Seramai 90 orang murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Tampin, Negeri Sembilan dipilih untuk menjawab kajian melalui borang soal selidik dan ujian yang dibekalkan. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid dalam aspek KBAT yang meliputi kekerapan dan keberkesanan dalam pelaksanaan KBAT serta perbezaan amalan penyoalan KBAT dengan latar belakang responden murid. Data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa tahap kekerapan dan keberkesanan adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap penguasaan murid dalam aspek KBAT adalah memuaskan. Keputusan juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan antara amalan penyoalan KBAT guru dengan latar belakang responden murid kecuali jenis sekolah murid (F(2, 87) = 9.841, p = 0.00). Maka, para guru Bahasa Melayu di SJK perlulah menggandakan usaha dalam menyelesaikan masalah penguasaan asas BM dalam kalangan murid agar KBAT dapat diaplikasikan dalam PdPc dengan lebih lancar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Kemahiran berfikir aras tinggi; Penyoalan; Sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 11831 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jul 2018 00:44 |
Last Modified: | 07 Jul 2018 03:20 |
Repository Staff Only: item control page