Jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan tajuk pengajaran

Arniza Mokhtar, and Zamri Mahamod, (2018) Jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan tajuk pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 22-32. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
506kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah berdasarkan tajuk pengajaran yang diajar. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah kebangsaan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian sebagai data utama dan disokong data temu bual. Data pemerhatian dan temu bual dianalisis secara triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi tajuk, empat orang guru Bahasa Melayu ini banyak menyerapkan KBT dalam tajuk Karangan dan Rumusan, diikuti KOMSAS dan tatabahasa. Jenis KBT yang banyak digunakan dalam empat tajuk tersebut ialah kemahiran belajar cara belajar dan kemahiran berfikir. Sebaliknya KBT berkaitan kemahiran TMK dan kajian masa depan tidak digunakan langsung oleh guru-guru Bahasa Melayu tersebut. Implikasi kajian ialah guruguru Bahasa Melayu lebih mengutamakan kemahiran belajar untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran berfikir pula diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menepati kehendak soalan peperiksaan yang mengutamakan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru, guru-guru Bahasa Melayu disarankan menyerapkan mempelbagaikan KBT, terutamanya kemahiran TMK, kemahiran kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan kajian masa depan dalam pengajaran mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran bernilai tambah; Pengajaran guru; Mata pelajaran Bahasa Melayu; Tajuk pengajaran; Kemahiran penyerapan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11833
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jul 2018 01:23
Last Modified:07 Jul 2018 03:25

Repository Staff Only: item control page