Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro

Noor Habsah Ali, and Yahya Othman, (2018) Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 33-41. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
335kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden dalam kalangan pelajar etnik Melanau tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Daro, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan min penggunaan strategi pembelajaran menulis antara jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan jantina. Selain itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran menulis untuk membantu pelajar etnik Melanau ini mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pembelajaran menulisl; Kemahiran menulis; Bahasa Melayu; bahasa kedua; Etnik Melanau
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11834
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jul 2018 03:46
Last Modified:07 Jul 2018 03:24

Repository Staff Only: item control page