Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu

Sumarni Lapammu, and Zamri Mahamod, (2018) Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 53-62. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan persekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLE Frog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frog dalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti VLE Frog dapat menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Sikap; Kesediaan; Persekitaran pembelajaran maya; Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11836
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jul 2018 04:06
Last Modified:07 Jul 2018 03:30

Repository Staff Only: item control page