Tahap kesediaan guru cemerlang Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah di negeri Melaka

Ezwafahmey Ahmad Kusaini, (2018) Tahap kesediaan guru cemerlang Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah di negeri Melaka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 63-73. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
523kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan pendekatan baharu yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan GCBM terhadap pelaksanaan KPP ini di sekolah menengah di negeri Melaka. Tahap kesediaan diukur berdasarkan tiga konstruk utama, iaitu (i) menilai dan menyelia pengajaran guru, (ii) menyelaras kurikulum dan (iii) memantau pencapaian akademik pelajar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dijalankan terhadap semua 44 orang GCBM sekolah menengah di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GCBM sangat bersedia untuk menyokong pelaksanaan dan pembudayaan KPP di sekolah menengah. Justeru, langkah KPM memperkenalkan KPP dalam membantu meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah adalah tepat pada masanya.

Item Type:Article
Keywords:Guru cemerlang; Mata pelajaran Bahasa Melayu; Komuniti Pembelajaran Profesional; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11837
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jul 2018 04:13
Last Modified:07 Jul 2018 03:23

Repository Staff Only: item control page