Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif

Nora’azian Nahar, and Fadzilah Abd. Rahman, (2018) Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (1). pp. 74-83. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
558kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Kajian lepas mendapati murid bukan Melayu di Malaysia tidak cekap berbahasa Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesiensi kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur natif. Seramai 414 orang sampel kajian daripada 5 buah sekolah SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan telah dipilih. Analisis kajian menggunakan Ujian Bertutur UPBM_SR dan borang soal selidik. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. Keputusan menunjukkan majoriti murid mendapat Tahap 4 dan sebanyak 55.7% masih tidak fasih dalam kemahiran bertutur. Secara keseluruhan analisis menunjukkan tahap kemahiran bertutur murid di SJK Daerah Kuantan adalah tahap sederhana. Usaha untuk melahirkan murid yang profesien bertutur dalam bahasa Melayu perlu dipergiat. Murid bukan Melayu wajib mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan secara berterusan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam berbahasa.

Item Type:Article
Keywords:Penguasaan; Kompetensi bahasa Melayu; Murid bukan penutur natif; SJKC; SJKT; Kemahiran bertutur
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11838
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jul 2018 04:22
Last Modified:07 Jul 2018 03:22

Repository Staff Only: item control page