Place-making dalam agenda pembangunan pelancongan

Mohamad Kazar Razali, and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Er, Ah Choy (2017) Place-making dalam agenda pembangunan pelancongan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (1). pp. 38-50. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
679kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/885

Abstract

Pembangunan pelancongan telah mengubah sesuatu ruang kepada tempat yang seterusnya menjadi sesebuah destinasi pelancongan. Perkembangan industri pelancongan yang rancak ini menyebabkan persaingan yang kompetitif dalam menarik pelancong antarabangsa sekaligus memberi impak yang positif kepada ekonomi sesebuah negara. Konsep place-making pelancongan merupakan pendekatan perancangan dan pembangunan dalam membentuk imej dan sense of place destinasi bagi memberi pengalaman pada pelancong. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis tema dalam penulisan ulasan karya lepas berkaitan place-making pelancongan. Seterusnya artikel ini membincangkan implikasi place-making pada pembangunan pelancongan di Malaysia. Sebanyak tujuh puluh artikel telah dianalisis menggunakan kaedah Analisis Tematik dengan menggunakan perisian Atlasti. Hasil kajian menunjukan terdapat empat tema utama dalam kajian place-making pelancongan iaitu destinasi, tuan-rumah dan tetamu, pemasaran dan komuniti. Kajian konsep place-making pelancongan turut menunjukkan kebanyakan kajian dilakukan dan ditulis oleh penyelidik sosial negara Barat berbanding di Malaysia. Implikasinya, kajian place-making perlu dipertingkatkan bagi mempastikan daya saing dan kualiti destinasi pelancongan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Pelancongan; Place-making; Destinasi; Imej; Sense of place
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11882
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jul 2018 07:25
Last Modified:13 Jul 2018 00:34

Repository Staff Only: item control page