Aset pelancongan luar bandar daripada lensa komuniti Lembah Beriah

Habibah Ahmad, and Asmilah Hani Mohamad, and Hamzah Jusoh, and Mastura Mahmud, and Hazita Azman, and Norngainy Mohd Tawil, and Shamshubaridah Ramlee, and Ruhaiza Abu Bakar, and Amirah Muhammad Zin, (2017) Aset pelancongan luar bandar daripada lensa komuniti Lembah Beriah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (1). pp. 87-100. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/885

Abstract

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti (1) tarikan (attractions), (2) ketersampaian (accessibility), (3) kemudahan (amenities), (4) pakej pelancongan (available packages), (5) aktiviti pelancongan (activities) dan (6) perkhidmatan sampingan (ancillary services). Lembah Beriah merupakan salah satu kawasan di dalam Daerah Kerian, Perak dan memiliki taburan bentuk muka bumi yang menarik dan boleh dibangunkan untuk menjadi salah satu pusat pelancongan di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti aset pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Lembah Beriah. Berdasarkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang komuniti di Lembah Beriah mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset pelancongan di Lembah Beriah yang menarik dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, terdiri daripada produk alam semula jadi dan buatan manusia. Aset pelancongan alam semulajadi meliputi sawah padi dan tasik sementara aset pelancongan budaya dan warisan merangkumi seni silat, kraftangan dan gastronomi setempat.

Item Type:Article
Keywords:Alam semula jadi; Aset pelancongan; Komuniti; Lembah Beriah; Luar bandar; Pelancongan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11885
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jul 2018 07:58
Last Modified:13 Jul 2018 00:39

Repository Staff Only: item control page