Azlizan Mat Enh, and Siti Alwaliyah Mansor, (2017) Sistem perundangan British dan disiplin banduan Penjara Pulau Pinang, 1870 - 1957: implikasinya ke atas masyarakat. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (1). pp. 73-86. ISSN 2180-2491
|
PDF
223kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/885
Abstract
Kedudukan geografi Pulau Pinang di kawasan yang strategik telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dan pembangunan di pulau ini. Perkembangan ini telah membawa kepada peningkatan penduduk secara mendadak dan ini mendorong kepada peningkatan kadar jenayah. Seiringan itu, kemasukan banduan ke dalam penjara di Pulau Pinang turut meningkat. Ini menyebabkan British memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi mengendalikan banduan-banduan di penjara Pulau Pinang. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peraturan dan disiplin penjara yang dikuatkuasakan oleh British ke atas banduan di Pulau Pinang dalam tempoh 1870 sehingga 1957. Metodologi yang digunakan untuk mencapai objektif ini ialah melalui penelitian ke atas sumber primer yang diperolehi dari arkib negara Kuala Lumpur seperti Straits Settlements Annual Departmental Report, Rules And Regulations Under Ordinance No XIV Of 1872, surat-surat dan fail-fail berkaitan peraturan dan disiplin penjara semasa pentadbiran British di Pulau Pinang. Analisis yang dilakukan mendapati bahawa pelaksanaan sistem perundangan British ke atas peraturan dan disiplin Penjara Pulau Pinang telah berjaya melancarkan sistem pentadbiran dan kehakiman penjara berkaitan pengurusan disiplin banduan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Banduan; British; Penjara; Disiplin; Masyarakat; Pulau Pinang |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 11886 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jul 2018 08:26 |
Last Modified: | 13 Jul 2018 00:35 |
Repository Staff Only: item control page