Aktiviti penyeludupan migran dalam lalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia

Mohd Na’eim Ajis, and Zawiyah Mohd Zain, and Mohamad Faisol Keling, and Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, (2017) Aktiviti penyeludupan migran dalam lalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 13-25. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
177kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923

Abstract

Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sesebuah negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan menjelaskan aktiviti penyeludupan migran yang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Antara elemen yang dibincangkan adalah sempadan yang dilalui, pengangkutan yang digunakan, bayaran yang dibuat kepada pihak sindiket, pihak-pihak yang memberi bantuan, negara-negara yang dilalui dan taktik-taktik penyeludupan yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti menjalankan temu bual, perbincangan berfokus secara berkumpulan dan pemerhatian. Sampel kajian ini adalah 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Belantik, Sik, Kedah, golongan pelarian dan pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dengan jenayah penyeludupan migran seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Rejimen Renjer Sempadan. Hasil kajian mendapati aktiviti penyeludupan migran memang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi keadaannya masih terkawal. Ia juga telah menyebabkan pihak keselamatan sentiasa mempertingkatkan kawalan dengan melaksanakan pelbagai strategi untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa. Kesimpulannya, pihak sindiket memainkan peranan yang penting dalam penyeludupan migran. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak keselamatan dan tindakan mereka sering selangkah kehadapan kerana rangkaian sindiket sukar dikesan.

Item Type:Article
Keywords:Ejen; Jenayah rentas sempadan; Malaysia; Migran; Pendatang asing tanpa izin; Penyeludupan migran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2018 01:35
Last Modified:13 Jul 2018 05:00

Repository Staff Only: item control page