Kualiti hidup dan aktiviti fizikal warga emas

Farhah Hanun Ngah, and Koh, Denise Choon Lian (2017) Kualiti hidup dan aktiviti fizikal warga emas. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 44-53. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
186kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923

Abstract

Konsep kualiti hidup adalah sangat meluas dan dinamik merangkumi budaya, kesihatan, sosial dan persekitaran. Kualiti hidup memberi impak positif kepada setiap individu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup sekali gus dapat mengelakkan dari serangan pelbagai penyakit. Kajian ini bertujuan melihat perbezaan kualiti hidup dengan status aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas. Sampel yang digunakan adalah seramai 100 orang warga emas di sekitar daerah Kajang. Konstruk utama dalam kajian ini ialah kualiti hidup dan aktiviti fizikal. Kualiti hidup diukur menggunakan older people quality of life (OPQOL) manakala aktiviti fizikal diukur menggunakan rapid assessment of physical activity (RAPA). Statistik deskriptif, ujian-t dan ujian khi kuasa dua juga telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian dan menjawab persoalan kajian. Kajian ini telah menunjukkan bahawa kualiti hidup dalam kalangan warga emas di bandar di Kajang, Selangor berada di tahap yang rendah (36%) dan penglibatan aktiviti fizikal tidak aktif iaitu 60%. Hasil kajian juga mendapati nilai min tertinggi bagi aspek kualiti hidup adalah hubungan sosial (M=3.70). Selain itu, ujian t, menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kualiti hidup dan status aktiviti fizikal berdasarkan aspek berdikari, kawalan ke atas kehidupan dan serta kebebasan dan keadaan kewangan. Hasil ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara aktiviti fizikal dan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur dan tahap pendidikan. Oleh itu, program-program yang menyasarkan kesejahteraan hidup warga emas perlu dipertimbangkan termasuk aktiviti fizikal untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan dalam kalangan warga emas.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti fizikal; Kesejahteraan hidup; Kualiti hidup; Penuaan; Sosial; Warga emas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11895
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2018 02:24
Last Modified:13 Jul 2018 04:57

Repository Staff Only: item control page