Pemetaan bahan bakar bagi pengurusan kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia

Mohd Dini Hairi Suliman, and Mastura Mahmud, (2017) Pemetaan bahan bakar bagi pengurusan kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 65-74. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923

Abstract

Pemetaan bahan bakar merupakan elemen terpenting di dalam penentuan potensi serta risiko kebakaran hutan, selain dapat membantu di dalam simulasi pergerakan serta intensiti api dalam sesebuah kebakaran. Pemetaan bahan bakar ini memerlukan proses yang sangat kompleks bermula dengan cerapan di lapangan, pemprosesan imej satelit, pembangunan pengkalan data sehingga paparan di dalam internet melalui medium WebGIS bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Pemprosesan imej satelit SPOT-5 menghasilkan lapan kelas bahan bakar dan kemudian digabungkan dengan peta jenis tanah bagi membentuk enam belas jenis kelas bahan bakar. Hasil pengkelasan bahan bakar ini dapat dijadikan panduan serta amaran awal untuk pengurusan kebakaran hutan selain mengekang kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas dan berpotensi tercetusnya kejadian kebakaran hutan.

Item Type:Article
Keywords:Kebakaran hutan; Pemetaan bahan bakar; Semenanjung Malaysia; Tanah gambut; Tanah mineral
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11897
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2018 06:42
Last Modified:13 Jul 2018 04:54

Repository Staff Only: item control page