Dzul Ashrai Abu Bakar, and Hamzah Jusoh, (2017) Kesejahteraan komuniti dalam skop perumahan mampu milik mampan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 97-114. ISSN 2180-2491
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923
Abstract
Kesejahteraan merupakan keperluan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini dan rumah pula merupakan keperluan asas yang seharusnya mampu menjadi kediaman kondusif, ke arah membentuk keluarga serta komuniti sejahtera. Kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan, kemudahsampaian yang baik, serta kawasan kejiranan yang mampu memberikan segala kemudahan yang diperlukan, adalah suatu perancangan yang baik disamping mengambilkira faktor-faktor sosioekonomi dalam mewujudkan perumahan mampu milik (RMM) yang mampan. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisa 81 tema-tema daripada artikel-artikel terdahulu, berkaitan RMM mampan dan kesejahteraan. Seterusnya penulisan ini menggabungkan tema-tema yang diperolehi kepada tema-tema utama untuk dianalisis, bagi mendapatkan tema terpenting dalam penyediaan RMM. Kaedah Analisis Tematik dan kaedah Membuat Keputusan Pelbagai Kriteria (MCDM), yang menggunakan perisian Definite 3.1, digunakan bagi menganalisis tema-tema utama tersebut. Hasil analisis ke atas 81 tema dari penulisan terdahulu, ianya telah digabungkan menjadi sembilan tema utama. Setelah analisis tematik dan MCDM dijalankan, KESELAMATAN merupakan aspek atau tema terpenting dalam mewujudkan perumahan mampu milik dan diikuti dengan tema kos, seterusnya tema rekabentuk dan kualiti RMM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Rumah mampu milik mampan; Komuniti sejahtera; Keselamatan; Kos rumah mampu milik; Rekabentuk dan kualiti rumah mampu milik |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 11900 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jul 2018 07:09 |
Last Modified: | 13 Jul 2018 04:52 |
Repository Staff Only: item control page