Sejarah penubuhan dan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, 1911 hingga 1941

Awaludin Ahmad, and Nordin Hussin, (2017) Sejarah penubuhan dan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, 1911 hingga 1941. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 115-130. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
253kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923

Abstract

Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental oleh British merupakan salah satu kesan daripada perkembangan kemajuan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Makalah ini bertujuan mengupas sejarah penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak dengan berfokus mengenai penubuhan dan perkembangan institusi rawatan penyakit mental ini. Kajian merangkumi perbincangan seperti perkembangan pentadbiran, bilangan pesakit mental dan kaedah rawatan yang dilaksanakan sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Kajian kualitatif ini dilaksanakan melalui kaedah rujukan dan interpretasi sumber primer yang terdiri daripada rekod-rekod kolonial di Arkib Negara Malaysia selain melaksanakan penyelidikan lapangan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Hasil kajian membuktikan penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan pada tahun 1911 telah mengalami beberapa perkembangan sehingga tahun 1941 termasuklah aspek pentadbiran dan peningkatan bilangan pesakit mental yang menerima rawatan. Kajian juga mendapati terdapat beberapa undang-undang berkaitan masalah penyakit mental telah dikuatkuasakan bagi memastikan keberkesanaan perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang sejarah sosial terutama dalam penulisan sejarah kesihatan era kolonial sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Item Type:Article
Keywords:Lunatic Asylum; Masalah penyakit mental; Perkhidmatan kesihatan mental; Pesakit mental; Undang-undang; Sejarah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11901
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2018 07:43
Last Modified:13 Jul 2018 04:51

Repository Staff Only: item control page