Pola pelancongan famili: analisis penulisan blog famili

Nurul Fadhliah MD, and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, (2017) Pola pelancongan famili: analisis penulisan blog famili. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (2). pp. 131-144. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
198kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923

Abstract

Pelancongan famili merupakan satu aktiviti melawat ke sesuatu destinasi bertujuan untuk berhibur, beriadah dalam tempoh kunjungan sekurang-kurangnya 24 jam atau sehari. Di Malaysia, pelancongan famili adalah sebagai salah satu aktiviti dalam sektor pelancongan domestik dan pelancongan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola pelancongan famili yang dipaparkan oleh penulis blog dan meneliti apakah penulisan tentang percutian famili itu berupaya dan mengarah kepada promosi aktiviti atau destinasi. Sejumlah 300 subjek kajian diambil terdiri daripada penulis blog famili yang membuat ulasan, penceritaan, perkongsian, komen dan maklumbalas terhadap destinasi pelancongan famili yang dilawati atau dikunjungi sama ada dalam negara atau luar negara. Dapatan kajian mendapati pengguna telah menggunakan blog untuk berkongsi dan memberikan ulasan setiap pengalaman serta tarikan yang terdapat di destinasi percutian mereka lawati disamping mempromosikan pelancongan famili kepada seluruh dunia. Segala aktiviti, keunikan destinasi, kepelbagaian perkhidmatan, keselesaan penginapan dan kemudahan pengangkutan yang dilalui oleh pelancong famili dikongsikan bersama melalui penulisan blog mereka kepada pelayar lain. Hasil kepuasan terhadap kualiti destinasi yang dilawati bersama famili merupakan keseronokan yang mereka alami di samping turut membantu dalam mempromosikan destinasi tersebut. Sebagai kesimpulan, blog mempunyai pengaruh yang signifikan dalam mempromosikan pelancongan famili dari segi aktiviti mahupun destinasi.

Item Type:Article
Keywords:Blog; Famili; Media social; Perancangan percutian; Pola percutian; Promosi aktiviti dan destinasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11902
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2018 07:49
Last Modified:13 Jul 2018 00:50

Repository Staff Only: item control page