Kajian perbandingan sikap dan kecekapan komunikatif Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melayu bandar dan luar bandar

Mohd Asri Harun, and Zulkifley Hamid, and Kartini Abd. Wahab, (2017) Kajian perbandingan sikap dan kecekapan komunikatif Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melayu bandar dan luar bandar. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 289-303. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1060

Abstract

Kajian terdahulu mendapati bahawa sikap penutur terhadap sesuatu bahasa dapat dikaji berdasarkan kedudukan geografi penutur, di samping faktor seperti budaya, psikologi dan latar belakang sosial penutur. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menjelaskan sikap murid-murid Melayu bandar dan luar bandar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian juga bertujuan untuk membandingkan kecekapan komunikatif bahasa Melayu murid-murid tersebut. Untuk tujuan tersebut, pendekatan statistik deskriptif dan inferensi digunakan kepada 421 orang responden yang berumur 11 tahun. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan Set Ujian Kecekapan Komunikatif Bahasa Melayu. Data kajian menunjukkan bahawa peratusan murid Melayu luar bandar yang menganggap Mata Pelajaran Bahasa Melayu sebagai sangat penting adalah lebih tinggi berbanding murid Melayu bandar. Peratusan murid Melayu luar bandar yang minat terhadap bahasa Melayu disebabkan mata pelajaran tersebut mudah adalah lebih tinggi daripada peratusan murid bandar. Sementara itu, peratusan murid Melayu bandar yang tidak menyukai bahasa Melayu disebabkan mudah, lebih tinggi berbanding peratusan murid luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peratusan peningkatan berbahasa Melayu murid Melayu bandar lebih dipengaruhi oleh ibu bapa dan keluarga berbanding guru-guru, rakan dan masyarakat. Min kecekapan komunikatif bahasa Melayu murid Melayu bandar ialah 30.89, manakala min murid Melayu luar bandar ialah 32.15. Ujian t menunjukkan perbezaan min markah kecekapan komunikatif bahasa Melayu (p=.103) bagi kedua-dua kumpulan murid tersebut, dan hal ini didapati tidak signifikan.

Item Type:Article
Keywords:Kecekapan komunikatif; Peningkatan berbahasa; Persepsi bahasa; Perspektif bahasa Melayu; Sikap
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11905
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jul 2018 06:27
Last Modified:16 Jul 2018 00:18

Repository Staff Only: item control page