Strategi berkomunikasi generasi muda Melayu: analisis lakuan bahasa penolakan

Nur Jannah Ab Rahman, and Maslida Yusof, (2017) Strategi berkomunikasi generasi muda Melayu: analisis lakuan bahasa penolakan. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 354-375. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
548kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1060

Abstract

Lakuan bahasa menolak bermaksud tuturan yang dihasilkan oleh tindak ilokusi yang tidak menerima atau mengkabulkan permintaan, undangan, cadangan, perintah, larangan atau tawaran. Hetti Waluati Triana dan Idris Aman (2011) berpendapat bahawa generasi muda pada hari ini cenderung memilih strategi yang lebih langsung dan kurang mengamalkan nilai-nilai kesantunan dalam budaya mereka. Namun demikian, Nasariah et al. (2010) menjelaskan bahawa masyarakat timur amat mementingkan kesopanan ketika menuturkan sesuatu perkara, misalnya membuat penolakan terhadap permintaan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti pola dan strategi lakuan bahasa penolakan dalam kalangan generasi muda Melayu dan seterusnya menghuraikan kaitan antara strategi lakuan bahasa penolakan dengan aspek kesantunan. Dalam kajian ini, Taksonomi Penolakan yang dikemukakan oleh Beebe et al. (1990) telah diaplikasi sebagai kerangka analisis. Data kajian diperolehi melalui respon penolakan dalam Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW) bertulis oleh 50 orang pelajar berbangsa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berumur 20 hingga 30 tahun. Soalan-soalan TPW yang dikemukakan merangkumi empat kategori penolakan iaitu penolakan ajakan, tawaran, permintaan dan cadangan. Kajian mendapati bahawa responden cenderung untuk menggunakan strategi tidak langsung berbanding strategi langsung dalam membuat penolakan bagi semua kategori. Selain itu, terdapat penambahan yang boleh dilakukan dalam sipian penolakan yang dikemukakan oleh Beebe et al. (1990) bahawa terdapat penggunaan ungkapan bersifat ketuhanan dalam respon penolakan yang berfungsi untuk memulihkan keadaan. Hasil kajian juga mendapati bahawa strategi penolakan yang digunakan mempunyai perkaitan dengan aspek kesantunan. Hal ini juga menunjukkan bahawa generasi muda Melayu masih mengamalkan nilai-nilai kesantunan dalam membuat penolakan.

Item Type:Article
Keywords:Generasi muda; Kaedah tugas penyempurnaan wacana; Komunikasi; Lakuan bahasa penolakan; Melayu; Taksonomi penolakan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11909
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jul 2018 07:27
Last Modified:16 Jul 2018 01:02

Repository Staff Only: item control page