Norfazila Ab. Hamid, and Norhasliza Ramli, and Rahim Aman, (2017) Sistem jaringan komunikasi Langkawi varian Kedawang. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 407-418. ISSN 1675-7513
|
PDF
618kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1060
Abstract
Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Langkawi (DML) yang terdapat di Pulau Langkawi Kedah, iaitu varian Kedawang (VKDWG). Metodologi kualitatif melalui jenis kajian kepustakaan dan lapangan diterapkan. Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DML VKDWG terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi DML VKDWG dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam DML VKDWG ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DML VKDWG mempunyai lapan fonem vokal /i, u, e, o, ɛ, ɔ, ə, a/, memiliki tiga diftong iaitu /-oj, -aw, -aj/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, dan ʔ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, empat konsonan geseran /s, ç, ɣ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ, ŋ/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Penemuan kajian ini diharap dapat memberikan satu sumbangan yang baharu dan dapat melengkapkan kajian terdahulu dalam bidang linguistik. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu menyusun semula keberadaan dialektal dialek Melayu Kedah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fonem; fonologi; Kedawang; Pendekatan struktural; Penyebaran |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 11912 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jul 2018 08:02 |
Last Modified: | 16 Jul 2018 00:59 |
Repository Staff Only: item control page