Adaptasi konsonan dalam kata pinjaman Bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan

Sakinah Nik Muhamad Naziman, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2018) Adaptasi konsonan dalam kata pinjaman Bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan. Jurnal Melayu, 17 (1). pp. 31-48. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
732kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1082

Abstract

Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Peminjaman perkataan daripada bahasa lain turut berlaku dalam dialek-dialek Melayu termasuklah dialek Melayu Kelantan. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk membincangkan secara deskriptif strategi adaptasi konsonan dalam proses peminjaman khususnya apabila dialek Melayu Kelantan meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris. Kajian yang melihat aspek fonologi ini menggunakan data sekunder daripada Shapri (1980) dan juga tambahan data daripada kajian lapangan yang dilakukan di Kota Bharu, Kelantan. Kajian lapangan ini ialah untuk membantu mensahihkan data yang diperolehi daripada Shapri (1980) dan juga penambahan data terkini daripada penutur dialek Kelantan. Oleh itu, pengumpulan data lapangan melalui kaedah pemerhatian dilakukan. Dapatan menunjukkan perkataan Inggeris yang dipinjam ke dalam dialek Kelantan telah melalui beberapa strategi pengadaptasian fonologi. Strategi adaptasi yang digunakan oleh penutur dialek Kelantan ialah penggantian konsonan, penghilangan konsonan, debukalisasi dan penyisipan vokal di antara gugusan konsonan. Strategi-strategi yang digunakan ini bertujuan mengekalkan semaksima mungkin maklumat-maklumat bahasa sumber, di samping menyesuaikan perkataan-perkataan tersebut dengan fonologi bahasa peminjam. Hasil kajian ini dapat memberi idea tentang bagaimana perkataan-perkataan Inggeris diubah oleh penutur dialek Melayu Kelantan sehingga menjadi sebahagian daripada perkataan-perkataan Melayu. Proses peminjaman menyebabkan dialek Kelantan tidak dapat sepenuhnya mematuhi sistem nahu dialek tersebut di mana terdapat beberapa fonem Inggeris yang masih dikekalkan dalam dialek ini.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Inggeris; Dialek Melayu Kelantan; Fonologi; Kata pinjaman; Strategi adaptasi
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11917
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2018 00:10
Last Modified:18 Jul 2018 09:07

Repository Staff Only: item control page