Tahap pemahaman leksikal kata kerja dialek Melayu Kedah di Pulau Tuba dan Satun

Harishon Radzi, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Junaini Kasdan, and Hayati Lateh, and Anati Hamidah Arifin, (2018) Tahap pemahaman leksikal kata kerja dialek Melayu Kedah di Pulau Tuba dan Satun. Jurnal Melayu, 17 (1). pp. 74-93. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
601kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1082

Abstract

Dialek Melayu Kedah (DMK) telah sekian lama dipertuturkan dalam kalangan penduduk di Pulau Tuba, Kedah dan di Satun, Thailand. Terdapat catatan sejarah bahawa Satun suatu ketika dahulu pernah berada di bawah naungan Sultan Kedah. Hal ini menjelaskan mengapa dialek pertuturan di kedua-dua kawasan tersebut adalah sama iaitu DMK. Sehubungan dengan itu, makalah ini membincangkan tahap pemahaman beberapa leksikal kata kerja yang diteliti berasaskan sosiokognitif yang berfokus kepada lokasi, umur, jantina dan tahap pendidikan penuturnya. Objektif artikel ini adalah pertamanya, menganalisis tahap pemahaman leksikal dengan menggunakan analisis Vocabulary Recognition Task (VRT) DMK di kedua-dua lokasi. Objektif kedua pula ialah menghuraikan tahap pemahaman leksikal DMK di kawasan kajian. Sehubungan itu, seramai 72 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan terlibat dengan sesi rakaman berkaitan leksikal kata kerja dalam DMK. Kajian ini juga bertujuan meneliti pertalian antara latar belakang sosial dan kognitif penutur atau ringkasnya sosiokognitif dengan tahap pemahaman terhadap leksikal DMK. Hasil soal selidik mendapati pemahaman responden terhadap DMK di Pulau Tuba mencatatkan 40.3% atau 29 dan 45.8 % atau 33 di Satun dengan jumlah keseluruhannya ialah 86.1%. Kesimpulan yang dicapai dalam artikel ini adalah tahap pemahaman DMK di kedua-dua kawasan adalah sangat baik. Impak daripada kajian ini memperlihatkan bahawa DMK di Pulau Tuba dan Satun masih kekal difahami, walaupun kini kedua-dua kawasan tersebut sudah berbeza pentadbiran politiknya.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu Kedah, Diplomatik; Leksikal; Sosiokognitif; Pemahaman
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:11919
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2018 00:25
Last Modified:18 Jul 2018 09:09

Repository Staff Only: item control page