Konsep dan pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat

Muhamad Ali, Khalifah and Zulkarnain Muhammad Ali, and Shofian Ahmad, and Mat Noor Mat Zain, (2017) Konsep dan pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 3-9. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Zakat merupakan satu daripada rukun Islam yang lima. Hukum menunaikan zakat adalah wajib ke atas semua orang Muslim. Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin pemerintahan Islam sekali gus penanggung jawab tertinggi dalam pengurusan zakat, yang memerintahkan untuk mengutip harta zakat dari muzakki dan mengagihkan harta zakat kepada mustahiq. Permasalahan utama masa kini ialah kedapatan beberapa negara yang penduduknya majoriti Muslim tidak lagi memiliki hak dan kuasa dalam pengurusan zakat. Bahkan pengurusannya diserahkan kepada pihak perundangan yang berkuasa di negara tersebut atau dijalankan secara individu. Ini menyebabkan harta zakat tidak diurus oleh pihak pemerintah sekali gus menjejaskan pengurusan zakat itu sendiri seperti hak pelaksanaan zakat rakyat yang beragama Islam mulai terjejas, pengurusan zakat menjadi tidak efektif dan efisien serta menyebabkan ketidakadilan kepada mustahiq. Kajian ini membincangkan perihal pengurusan zakat dari sisi konsep dan pihak yang bertanggung jawab dalam melaksanakan pengurusan zakat berdasarkan syariat Islam, sama ada yang dilakukan oleh pemerintah Islam mahupun bukan Islam. Sebagai natijahnya, pihak pemerintah perlu mengambil alih tanggungjawab pengurusan zakat kerana ia melibatkan banyak pihak yang memerlukan peraturan dan pengaturan. Hanya pihak pemerintah yang memiliki kekuasaan dan alat yang sah untuk melakukan pengaturan dan mengambil tindakan atau hukuman kepada kalangan rakyat. Dalam pengurusan zakat di sesebuah negara, pihak pemerintah Islam perlu berpegang teguh dengan syariat Islam dan berlaku adil. Sementara itu, bagi pemerintah bukan Islam mereka perlu berlaku adil dalam pelaksanaan pengurusan zakatnya. Implikasi daripada hasil kajian ini mendapati negara-negara yang memiliki rakyat yang beragama Islam, perlu memberikan perhatian terhadap kepentingan rakyat dalam aspek pelaksanaan ibadah, terutama hal-ehwal pengurusan zakat. Antaranya ialah dengan membuat peraturan dan perundangan zakat yang khusus untuk rakyat yang beragama Islam agar hak mereka untuk menunaikan zakat dapat dituniakan, tanpa menjejaskan rakyat yang bukan beragama Islam.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Kerajaan; Pengurusan zakat dalam Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11921
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 01:23
Last Modified:22 Jul 2018 02:24

Repository Staff Only: item control page