Sorotan literatur kuasa Sultan dalam kehakiman Islam

Mashitoh Mohamad Hashim, and Mohd Al Adib Samuri, (2017) Sorotan literatur kuasa Sultan dalam kehakiman Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 11-20. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Sultan ialah ketua agama Islam bagi negerinya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan. Pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa juga boleh didapati dalam Perlembagaan. Namun, terdapat beberapa kes yang menyaksikan Sultan menggunakan kuasanya dalam Kehakiman Islam, contohnya seperti kes Timbalan Pendakwa Syarie Pahang v Kartika Sari Dewi binti Shukarno [2010] 1CLJ 172. Kes ini menyaksikan Sultan telah mengurangkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Kartika Sari Dewi binti Shukarno apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya telah bertukar kepada hukuman khidmat masyarakat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengamati sejauh mana Sultan berhak untuk menggunakan kuasanya dalam Kehakiman Islam. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur dengan menemu bual lima orang Ketua Hakim Mahkamah Syariah di lima buah negeri di Malaysia. Manakala dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil daripada tinjauan literatur yang dijalankan mendapati Sultan memiliki kuasa dalam Kehakiman Islam, walau bagaimanapun hal ini tidak bermaksud Sultan boleh menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya kerana Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa. Kajian ini penting untuk membantu memantap dan menegakkan konsep Raja Berperlembagaan.

Item Type:Article
Keywords:Kuasa sultan; Kehakiman Islam; Doktrin pengasingan kuasa
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11922
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 01:43
Last Modified:22 Jul 2018 02:25

Repository Staff Only: item control page